Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W | Hackers-Eror
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini, dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia...!!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci.
kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti siapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba.
Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia...!!
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas para istri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu keatas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu, dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia...!!
Dengarlah !
Bersungguh-sungguh kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah dibulan ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
kerjakanlah ibada haji, sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahwa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya, kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahwa kamu akan menghadapi Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggung jawabkan atas segalah apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, waspadalah agar jangan sekali-kali kamu keluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia ...!
Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dengan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah AL QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada yang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah ya Allah bahwasanya aku telah menyampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar